Kisah Malaikat Atid

Kisah Malaikat Atid

Kisah Malaikat Atid

Kisah Malaikat Atid
Kisah Malaikat Atid

Malaikat Atid

Yunus bin Ubaid dari Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua orang malaikat, dan malaikat yang sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yang disebelah kiri”.

Malaikat Sebelah Kiri Bertanya Kepada Malaikat Sebelah Kanan

Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang disebelah kanan, “Apakah yang harus aku catat ?” Maka berkata malaikat yang sebelah kanan, “Jangan kamu catat dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa”. Kemudian bertanya malaikat yang disebelah kiri lagi, “Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku catatkan ?”.

Berkata malaikat yang sebelah kanan, “Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu, kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catatkan hanya 5 hasanat.”

Apabila syaitan mendengar yang demikian, maka dia pun menjeritlah sambil berkata, “Kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam”.

Allah S.W.T Berfirman Kepada Malaikat Pencatat Amalan

Hadis Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan : “ Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda ”.

Sumber: https://www.dutadakwah.co.id/bacaan-tawasul-ringkas-dan-lengkap-hadhorot/